Ingat!!
Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda
1
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa
keluar najis dan mengotori seluruh rumah
kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @
sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan
biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi
kepapaan
5 Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka
pintu berkat)
6 Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg.
dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan
keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam
perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar
yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan
biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan
bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila
berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan
ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang
kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan
lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti
sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.
16 Jangan
banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan
biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih
sayang org.kepada kita.
18 Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal
selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan
duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir
dan syaitan.
21 Jangan
merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan
lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah
dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan
memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika
memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal
bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih
mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya
juga.